Bahasa: EN | BM |

ABOUT US

Kisah MAXCON

Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2018. Pada masa itu, kami hanyalah pengeluar kabin bersaiz kecil dengan hanya 6 orang pekerja untuk melaksanakan semua tugasan harian.

Hari ini, syarikat kami telah berkembang menjadi pengeluar bersaiz sederhana dengan lebih daripada 20 orang kakitangan termasuk bahagian pengeluaran, operasi, pentadbiran dan lain-lain. Kami juga mampu mengubah suai kontena penghantaran kepada pelbagai jenis aplikasi seperti pejabat, asrama, stor, homestay dan sebagainya.

Image 1
Products MAXCON

Produk Kami

Kami sentiasa percaya dalam menghasilkan mutu kerja dan kemahiran pertukangan yang terbaik untuk semua produk kami seperti kabin siap bina, kontena penghantaran siap bina, serta kerja-kerja kejuruteraan keluli dan logam yang lain.

Quality MAXCON

Kualiti Kami

Kami sangat tegas dalam kawalan kualiti bagi memastikan jangkaan pelanggan dapat dipenuhi. Pihak pengurusan menegaskan penggunaan 100% bahan baru dalam semua produk kami. Pelanggan kami menikmati produk dan perkhidmatan berkualiti yang disediakan oleh syarikat kami.